Tuesday, November 3, 2009

Al-Fatihah

Hari ini kami satu ofis dikejutkan dengan satu berita tentang kematian mengejut Ketua Unit aku iaitu Allahyarham Md Norodin Bin Omar.Apa yang lebih menyedihkan Allahyarham hanya ditemui selepas dianggarkan 4 hari meninggal dunia.Allahyarham tinggal seorang diri berikutan isteri dan anak-anaknya tinggal di Perak setelah isterinya tidak sihat lebih setahun lalu.Kematian Allahyarham hanya disedari setelah hari ini masuk hari ketiga Allahyarham tidak menghadirkan diri bekerja dan tidak pula memohon cuti rehat atau cuti sakit.Wakil pejabat kami telah berkunjung ke rumahnya dan mendapati beliau sudahpun meninggal dunia dalam keadaan berbaring di depan televisyen.Wakil kami terus melaporkan kepada pihak polis bagi urusan selanjutnya.
Bagi kami kehilangan Allahyarham amatlah dirasai memandankan Allahyarham begitu rapat dengan kami semua dan telah lama berkhidmat di pejabat kami.Kematian Allahyarham dalam keadaan menyayat hati begitu menyentuh hati kami semua sehingga sedar tidak sedar semua anggota pejabat bergelinangan air mata.Namun begitu lah hukum alam yang mana yang hidup pasti akan menemui Penciptanya apabila sampai masanya.Buat keluarga Allahyarham kami semua mengucapkan salam takziah dan berharap bersabar di atas dugaan yang datang ini.Kami hanya mampu mendoakan Allahyarham ditempatkan dikalangan para solehin...Al-Fatihah

PTK

Semalam 03 November 2009,semua kakitangan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalani Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) yang bertempat MARDI Serdang.Ini adalah exam PTK aku yang pertama sepanjang berkhidmat di perkhidmatan awam ni.Almaklum la aku pun baru tahun ni je disahkan jawatan,masih mentah lagi.Soalan boleh tahan juga,tapi kalau study betul-betul insyaaallah boleh menjawabnya.Tahun ni bukan la target untuk score sekadar target untuk tengok rupabnetuk soalan .Nak tengok trend soalan yang keluar.Insyaallah tahun depan boleh la ambil dengan penuh siap siaga

Monday, October 5, 2009

Futsal Friendly Vs MyviExtreme

Rabu lalu(30 September 2009) pasukan team aku telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Myviextreme Club Malaysia Zon Central.Kami turun dengan jersi kuning diraja dengan kekuatan 10 orang iaitu Faisal,Rajei,Zaid,Fazri,Nazmi,Syed,Faris,Halim,Husaini dan aku sendiri.
Pasukan Myviextreme juga(juga kelab aku) menurunkan barisan yang sama yang tersiri Tranz,Paliza,Heikal,Roy,Pojie,AjibApong dan ramai lagi.Perlawanan ini diadakan di HTO Futsal Centre di Subang yang mana kami merupakan pelawat(away). Myviextreme menjadi pemenang setelah 1 jam perlawanan berlangsung.
Walaupun kalah pasukan aku cukup gembira kerana dapat menimba banyak pengalaman baru dengan pasukan tersebut.Kemungkinan akan ada perlawanan ulangan yang mana kami pula yang menguruskannya.Syabas semua!

Tuesday, September 15, 2009

Mod Yang Sakit

Semalam kami dikejutkan dengan rakan sekerja kami Azahar atau lebih glamour dengan nama "Mod" dimasukkan ke wad Hospital Putrajaya.Mod dimasukkan ke hospital 2hari lalu akibat pengsan dan muntah-muntah akibat pengalaman diet yang tidak betul.Ini mungkin disebabkan ubat yang dimakan oleh Mod yang menyebabkannya jatuh sakit.Bos aku sudah mengarahkan siasatan dibuat ke atas produk tersebut.Nak cakap ubat tu penyebabnya belum boleh disabitkan lagi.Namun berkemungkinan besar itu la puncanya.Dr masih lagi menyiasat.
Semalam aku,Paris dan En Nasir(Kanan aku) telah melawat Mod di Hospital Putrajaya di Wad 3A katil no 22.Ingat tu.Keadaan Mod nampak macam sedikit lemah dan tidak bermaya memungkinkan Mod bakal beraya di Wad.Kesian Mod,kalau ikutkan hari ni dia konvoi dengan Mat Yie nak balik kampung nun jauh di Kelantan.Namun apa nak buat kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukannya.Aku pun hari ni last dah keje esok dah nak balik ke kampung di Kelantan bersama yang tersayang .Insyaallah semoga selamat balik dan kembali hendaknya.

Sunday, September 13, 2009

Baju Raya


Baju Raya Untuk Si Cilik
Inilah baju raya untuk anak-anak buah ku yang tersayang.Nak bagi anak kawin pun belum lagi.So beli la untuk anak sedara.Bukan selalu,setahun sekali.Tahun ni dah bertambah anak sedara dari 2 jadi 3.Kesemuanya lelaki.Pening nenek dia nanti.He3
Anyway yang paling pelik nape la baju budak2 lagi mahal dari baju orang dewasa?Kesemua ni mahal dari baju raya aku sendiri.Hu3.Patutnya lagi murah la kan?He3 Maybe susah nak buat kot pasal kecik.
Diam x diam dah 24 Ramadhan dah kita .Maknanya dah 24 hari kita berpuasa.Dalam 5 atau 6 hari lagi kita akan menyambut lebaran.Xsabarnya nak balik ke kampung berjumpa bonda tercinta.Teringat suasana kampung.Insyallah 17hb ni boleh la pulang bersama yang tersayang.

Kasut Futsal Idamanku....
Model Nike T90 yang paling latest.Menarik bukan?Ada banyak warna namun warna ni jugak la aku berkenan.Harga before less RM199 dan after less dlm RM139.Boleh la cuma aku dah ada satu Adidas Predator yang baru dibeli dalam 3 bulan lepas.Masih baru dan elok.Itu yang musykil nak beli atau tidak.Dalam kegawatan macam ni elok berjimat tapi yang lawaknya bawak ke mimpi.Kekekeke.Kena2 lagi nak raya ni,tak tau la nak beli ke tidak.Ikut bajet boleh lagi itu yang lagi berat tu..hehehe.Tengok la nanti,walaupun futsal xpandai main sangat tapi aku cukup minat main.Konon-kononnya nak mengempiskan perut .Hak3.Whatever la janji rock!Aku berpeluh dan bersukan dan paling penting badan sihat sentiasa

Sunday, September 6, 2009

Kisah Fathima Rifqa Bary

Gadis yang cantik molek berketurunan Sri Lanka ini adalah Fathima Rifqa Bary.Beliau mengejutkan dunia dengan mengisytiharkan dirinya murtad iaitu keluar daripada Islam.Bapanya bernama Mohamed Bary dan ibunya bernama Aysha Risana adalah beragama Islam yang berketurunan Sri Lanka tetapi menetap di Amerika Syarikat(AS). Rifqa(panggilan keluarganya) telah melarikan diri daripada rumah di Ohio sejak Julai lalu setelah memeluk agama Kristian .Sebelum murtad,Rifqa telah berkenalan dengan rapat mubaligh-mubaligh Kristian menerusi Facebook sebelum perkenalannya itu telah membawa kepada keluarnya Rifqa daripada Islam.
Ibubapanya terkejut dengan pendedahan berani Rifqa yang mengisytiharkan dirinya telah keluar dari Islam dan telah memeluk Kristian.Beliau membuat pendedahan itu menerusi media ABC.Beliau ditemani oleh mubaligh-mubaligh Kristian yang bertanggungjawab yang dikenali Global Revolution Church yang berpengkalan di Orlando.Apa yang dikesalkan media-media Barat pada masa sekarang seolah-olah menuduh dan memfitnah kedua ibubapa Rifqa yang juga seorang Muslim telah bertindak kejam pada Rifqa.Rifqa telah memberitahu media bahawa dia akan dibunuh oleh keluarganya jika pulang ke rumah setelah ibubapanya mengetahui tentang dirinya yang telah memeluk agama Kristian.
Isu ini turut diburukkan dengan pertelingkahan antara ibubapa Rifqa dengan mubaligh Kristian tentang hak penjagaan Rifqa kerana Rifqa masih dibawah umur.Pihak mubaligh Kristian itu dengan kurang ajarnya menuntut agar hak penjagaan Rifqa diberikan kepada mereka memandangkan ibubapa Rifqa hanya akan menghukum anaknya itu sekiranya Rifqa pulang ke pangkuan mereka.Mereka mengambil kesempatan ini dengan memburuk-burukkan imej Islam di mata dunia seolah-olah Islam ini kejam dan kebebasan agama dipersoalkan.Tentunya kita sebagai sedara seagama merasa sedih dengan insiden ini dan berharap hati Rifqa akan dibuka oleh Allah SWT agar dikembalikan sebagai seorang Islam dan tidak terpedaya dengan hasutan-hasutan musuh Islam ini.
Moralnya internet pada hari ini digunakan sebagai satu propaganda dari Barat dan juga musuh Islam agar dapat melalaikan umat Islam supaya leka dan tergoda .Apa yang lebih dibimbangkan adalah dakyah Kristian yang disebarkan di laman web terkenal dibimbangi akan mempengaruhi golongan-golongan yang cetek agamanya.Nauzubillah....Berwaspadalah selalu saudara-saudari