Tuesday, November 3, 2009

Al-Fatihah

Hari ini kami satu ofis dikejutkan dengan satu berita tentang kematian mengejut Ketua Unit aku iaitu Allahyarham Md Norodin Bin Omar.Apa yang lebih menyedihkan Allahyarham hanya ditemui selepas dianggarkan 4 hari meninggal dunia.Allahyarham tinggal seorang diri berikutan isteri dan anak-anaknya tinggal di Perak setelah isterinya tidak sihat lebih setahun lalu.Kematian Allahyarham hanya disedari setelah hari ini masuk hari ketiga Allahyarham tidak menghadirkan diri bekerja dan tidak pula memohon cuti rehat atau cuti sakit.Wakil pejabat kami telah berkunjung ke rumahnya dan mendapati beliau sudahpun meninggal dunia dalam keadaan berbaring di depan televisyen.Wakil kami terus melaporkan kepada pihak polis bagi urusan selanjutnya.
Bagi kami kehilangan Allahyarham amatlah dirasai memandankan Allahyarham begitu rapat dengan kami semua dan telah lama berkhidmat di pejabat kami.Kematian Allahyarham dalam keadaan menyayat hati begitu menyentuh hati kami semua sehingga sedar tidak sedar semua anggota pejabat bergelinangan air mata.Namun begitu lah hukum alam yang mana yang hidup pasti akan menemui Penciptanya apabila sampai masanya.Buat keluarga Allahyarham kami semua mengucapkan salam takziah dan berharap bersabar di atas dugaan yang datang ini.Kami hanya mampu mendoakan Allahyarham ditempatkan dikalangan para solehin...Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment