Tuesday, September 15, 2009

Mod Yang Sakit

Semalam kami dikejutkan dengan rakan sekerja kami Azahar atau lebih glamour dengan nama "Mod" dimasukkan ke wad Hospital Putrajaya.Mod dimasukkan ke hospital 2hari lalu akibat pengsan dan muntah-muntah akibat pengalaman diet yang tidak betul.Ini mungkin disebabkan ubat yang dimakan oleh Mod yang menyebabkannya jatuh sakit.Bos aku sudah mengarahkan siasatan dibuat ke atas produk tersebut.Nak cakap ubat tu penyebabnya belum boleh disabitkan lagi.Namun berkemungkinan besar itu la puncanya.Dr masih lagi menyiasat.
Semalam aku,Paris dan En Nasir(Kanan aku) telah melawat Mod di Hospital Putrajaya di Wad 3A katil no 22.Ingat tu.Keadaan Mod nampak macam sedikit lemah dan tidak bermaya memungkinkan Mod bakal beraya di Wad.Kesian Mod,kalau ikutkan hari ni dia konvoi dengan Mat Yie nak balik kampung nun jauh di Kelantan.Namun apa nak buat kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukannya.Aku pun hari ni last dah keje esok dah nak balik ke kampung di Kelantan bersama yang tersayang .Insyaallah semoga selamat balik dan kembali hendaknya.

Sunday, September 13, 2009

Baju Raya


Baju Raya Untuk Si Cilik
Inilah baju raya untuk anak-anak buah ku yang tersayang.Nak bagi anak kawin pun belum lagi.So beli la untuk anak sedara.Bukan selalu,setahun sekali.Tahun ni dah bertambah anak sedara dari 2 jadi 3.Kesemuanya lelaki.Pening nenek dia nanti.He3
Anyway yang paling pelik nape la baju budak2 lagi mahal dari baju orang dewasa?Kesemua ni mahal dari baju raya aku sendiri.Hu3.Patutnya lagi murah la kan?He3 Maybe susah nak buat kot pasal kecik.
Diam x diam dah 24 Ramadhan dah kita .Maknanya dah 24 hari kita berpuasa.Dalam 5 atau 6 hari lagi kita akan menyambut lebaran.Xsabarnya nak balik ke kampung berjumpa bonda tercinta.Teringat suasana kampung.Insyallah 17hb ni boleh la pulang bersama yang tersayang.

Kasut Futsal Idamanku....
Model Nike T90 yang paling latest.Menarik bukan?Ada banyak warna namun warna ni jugak la aku berkenan.Harga before less RM199 dan after less dlm RM139.Boleh la cuma aku dah ada satu Adidas Predator yang baru dibeli dalam 3 bulan lepas.Masih baru dan elok.Itu yang musykil nak beli atau tidak.Dalam kegawatan macam ni elok berjimat tapi yang lawaknya bawak ke mimpi.Kekekeke.Kena2 lagi nak raya ni,tak tau la nak beli ke tidak.Ikut bajet boleh lagi itu yang lagi berat tu..hehehe.Tengok la nanti,walaupun futsal xpandai main sangat tapi aku cukup minat main.Konon-kononnya nak mengempiskan perut .Hak3.Whatever la janji rock!Aku berpeluh dan bersukan dan paling penting badan sihat sentiasa

Sunday, September 6, 2009

Kisah Fathima Rifqa Bary

Gadis yang cantik molek berketurunan Sri Lanka ini adalah Fathima Rifqa Bary.Beliau mengejutkan dunia dengan mengisytiharkan dirinya murtad iaitu keluar daripada Islam.Bapanya bernama Mohamed Bary dan ibunya bernama Aysha Risana adalah beragama Islam yang berketurunan Sri Lanka tetapi menetap di Amerika Syarikat(AS). Rifqa(panggilan keluarganya) telah melarikan diri daripada rumah di Ohio sejak Julai lalu setelah memeluk agama Kristian .Sebelum murtad,Rifqa telah berkenalan dengan rapat mubaligh-mubaligh Kristian menerusi Facebook sebelum perkenalannya itu telah membawa kepada keluarnya Rifqa daripada Islam.
Ibubapanya terkejut dengan pendedahan berani Rifqa yang mengisytiharkan dirinya telah keluar dari Islam dan telah memeluk Kristian.Beliau membuat pendedahan itu menerusi media ABC.Beliau ditemani oleh mubaligh-mubaligh Kristian yang bertanggungjawab yang dikenali Global Revolution Church yang berpengkalan di Orlando.Apa yang dikesalkan media-media Barat pada masa sekarang seolah-olah menuduh dan memfitnah kedua ibubapa Rifqa yang juga seorang Muslim telah bertindak kejam pada Rifqa.Rifqa telah memberitahu media bahawa dia akan dibunuh oleh keluarganya jika pulang ke rumah setelah ibubapanya mengetahui tentang dirinya yang telah memeluk agama Kristian.
Isu ini turut diburukkan dengan pertelingkahan antara ibubapa Rifqa dengan mubaligh Kristian tentang hak penjagaan Rifqa kerana Rifqa masih dibawah umur.Pihak mubaligh Kristian itu dengan kurang ajarnya menuntut agar hak penjagaan Rifqa diberikan kepada mereka memandangkan ibubapa Rifqa hanya akan menghukum anaknya itu sekiranya Rifqa pulang ke pangkuan mereka.Mereka mengambil kesempatan ini dengan memburuk-burukkan imej Islam di mata dunia seolah-olah Islam ini kejam dan kebebasan agama dipersoalkan.Tentunya kita sebagai sedara seagama merasa sedih dengan insiden ini dan berharap hati Rifqa akan dibuka oleh Allah SWT agar dikembalikan sebagai seorang Islam dan tidak terpedaya dengan hasutan-hasutan musuh Islam ini.
Moralnya internet pada hari ini digunakan sebagai satu propaganda dari Barat dan juga musuh Islam agar dapat melalaikan umat Islam supaya leka dan tergoda .Apa yang lebih dibimbangkan adalah dakyah Kristian yang disebarkan di laman web terkenal dibimbangi akan mempengaruhi golongan-golongan yang cetek agamanya.Nauzubillah....Berwaspadalah selalu saudara-saudari

Saturday, September 5, 2009

Mega Sale

"Mega Sale" kembali lagi.Gambar diambil di Pusat Membeli Belah terkenal Sogo di Kuala Lumpur semalam.Dasyat sungguh,terkedu aku melihatnya.Sempena cuti hujung minggu ,ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli persiapan hari raya Aidilfitri yang bakal disambut nanti.
Keadaan ini dijangka akan semakin sesak pada 10hb dan selepasnya kerana kakitangan awam akan mendapat gaji awal untuk menyambut Aidilfitri ini.Kadang-kadang sesak sangat ni pun susah jugak nak membeli.Nasib baik aku dah awal-awal buat persiapan raya.Namun masih lagi teringin nak beli.Kot2 ada jualan last minute.Semoga tidak la terlalu boros dan berlebih-lebihan.Insyaallah

Tuesday, September 1, 2009

Q & A RON 95


What is RON?
Answer : RON stands for Research Octane Number rating for unleaded petrol. It determines the petrol`s `anti-knock` quality or resistance to pre-ignition or detonation as it burns in the combustion chamber. Knocking occurs when the fuel-air mixture in the cylinder explodes instead of burning in a controlled way. This shockwave moves within the combustion chamber, and creates a metallic `pinging`. It measures the combustion properties of the fuel.

Can all Proton & Perodua vehicles (including those with carburettor fuel system) use the RON 95 petrol?
Answer : Yes

I have been using RON92 petrol for my car with carburettor fuel system. What will happen to my vehicle if I switch to RON95?
Answer : There is no effect to your vehicle engine.

I have been using a particular brand of RON97 petrol for my Proton & Perodua car, will the engine of my vehicle experience “knocking” when using RON95?
Answer : No, because all most of nowadays car engines setting allow the use of petrol with RON95 and above.

Do I need to get the engine of my vehicle tuned, if I switch the petrol to RON95? Do I need to add petrol additives which I can buy from auto parts shops?
Answer : No. Not necessary.

Will petrol additives help prevent “knocking”?
Answer : It will depend on the additives contents.

Can I mix the RON 95/RON97 petrol for my car?
Answer : Yes, there is no problem mixing the various grades of petrol.
What is your advice for vehicles that experience engine knocking?
Answer : For cars that experience “knocking”, it is advisable to send them to Service Centre to check for carbon deposits in the combustion chamber and also the ignition timing.
What do the numbers 95 and 97 mean?
Answer : The numbers 95 and 97 represent the minimum RON value of a fuel that will prevent “engine knocking”.

What is “engine knocking”?
Answer : Engine knocking happens when fuel combusts prematurely before ignition by the spark plug, which causes a “knocking” effect, resulting in loss of power. Using the appropriate minimum RON fuel that is recommended by your vehicle manufacturer will ensure that combustion happens at the high time to avoid “engine knocking”.

What is the minimum RON requirement for my car?
Answer : Your vehicle’s manual should specify what minimum RON value fuel to use. Sometimes, this information is printed on or around the refuelling cap. If unsure, please check with your vehicle manufacturer, authorised vehicle distributor or with an authorised mechanic.
Can I use RON 95?
Answer : That depends on your engine. Your vehicle can use RON 95 if it is designed or set for RON 95 or lower. However, the best thing to do is to check with your vehicle manufacturer, authorised vehicle distributor or with an authorised mechanic.
What RON works best for my vehicle?
Answer : You should always use a fuel that meets or exceeds the minimum RON recommended by the vehicle manufacturer or authorised mechanic.
Can I mix RON 95 with RON 97?
Answer : As long as the fuel meets or exceeds the minimum RON required by the engine, mixing is fine and should not damage your engine.

Dipetik daripada website salah sebuah majalah kereta

Minyak Naik Lagi!!


Tanggal 1 September 2009 rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 25 sen seliter menjadikan harga semasa minyak premium itu pada kadar RM 2.05 seliter.Namun kerajaan memperkenalkan minyak jenis RON 95 yang dijual pada harga RM 1.80 seliter setelah memperkenalkannya pada harga 1.75 seliter.RON 95 dijadikan sebagai alternatif untuk rakyat Malaysia jika tidak mahu merasai kenaikan harga minyak RON 95.


Persoalannya wajarkah kerajaan pada masa ini menaikkan harga minyak sewaktu umat Islam di Malaysia bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September nanti.Beban kenaikan minyak ini pastinya akan menyebabkan barang isi rumah akan turut meningkat dan pastinya akan membebankan golongan-golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.Walaupun kerajaaan telah mewar-warkan akan kenaikan harga minyak 2 bulan lebih awal namun dilihat kenaikan pada masa sekarang bukanlah masa yang tepat untuk rakyat.


Kenaikan ini bakal memberi impak yang begitu besar kepada golongan-golongan berpendapatan rendah dan sederhana memandangkan perayaan yang bakal disambut juga memerlukan kewangan yang besar.Selain itu juga rakyat masih tertanya-tanya adakah RON 95 yang dijadikan alternatif adalah sebagus RON 97?Tiada apa-apa kesankah kepada kereta yang telah lama menggunakan RON 97?Sama-sama kita tunggu dan lihat

Ahlan Wasahlan

Sedar tak sedar hari ni dah hari ke 11 Ramadhan.Terasa masih baru lagi ramadhan datang tapi rupa-rupanya dah seminggu lebih.Ini blog yang ketiga aku pernah bina sepanjang hidup aku,dan aku rasa ini la blog yang aku benar-benar mahukan untuk berkongsi pengalaman,pendapat,dan lain-lain.Semoga aku kekal untuk terus menulis dlm blog ini seperti yang aku mahukan.

19 hari lagi Syawal menjelang tiba,persiapan takde langsung lagi.Dan yang paling aku takutkan kena kerja pada hari raya ini.waaaaaa..so scary.....ingat nak pergi Sogo & Midvalley usyar2 baju raya tapi tengok la masa belum sampai lagi...kalau sempat hari ni aku pegi la.Aku ni kerja tak sama macam orang lain,waktu shif....so start semalam aku dapat cuti 4 hari setelah 6 malam bertungkus -lumus bekerja..itu yang best tu.

Cukup la untuk 1st posting ni kot...