Tuesday, September 1, 2009

Minyak Naik Lagi!!


Tanggal 1 September 2009 rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 25 sen seliter menjadikan harga semasa minyak premium itu pada kadar RM 2.05 seliter.Namun kerajaan memperkenalkan minyak jenis RON 95 yang dijual pada harga RM 1.80 seliter setelah memperkenalkannya pada harga 1.75 seliter.RON 95 dijadikan sebagai alternatif untuk rakyat Malaysia jika tidak mahu merasai kenaikan harga minyak RON 95.


Persoalannya wajarkah kerajaan pada masa ini menaikkan harga minyak sewaktu umat Islam di Malaysia bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September nanti.Beban kenaikan minyak ini pastinya akan menyebabkan barang isi rumah akan turut meningkat dan pastinya akan membebankan golongan-golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.Walaupun kerajaaan telah mewar-warkan akan kenaikan harga minyak 2 bulan lebih awal namun dilihat kenaikan pada masa sekarang bukanlah masa yang tepat untuk rakyat.


Kenaikan ini bakal memberi impak yang begitu besar kepada golongan-golongan berpendapatan rendah dan sederhana memandangkan perayaan yang bakal disambut juga memerlukan kewangan yang besar.Selain itu juga rakyat masih tertanya-tanya adakah RON 95 yang dijadikan alternatif adalah sebagus RON 97?Tiada apa-apa kesankah kepada kereta yang telah lama menggunakan RON 97?Sama-sama kita tunggu dan lihat

No comments:

Post a Comment